Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan dan pangkat yang bersifat sementara itu. Sehingga kita mampu membunuh sekeping hati yang yang suci dalam menentukan kekhlasan. Dalam mencari redha Allah.S.W.T. Demi mengenalkan dan berbicara dengan hati, adakala sehingga kita mampu menangis. Kita fikir dengan tangisan itu mampu mengubatkan kekecewaan dalam hati.
Antara nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati yang terlalu ikhlas, dan hati juga merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW:
“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Hatilah juga dikatakan punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya, memalukan saudaranya, dan menyakitkan hati orang yang menyintai dan menyayanginya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.
Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.
Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.
Sungguh besar nikmat hati yang Allah S.W.T beri kepada kita, tetapi mengapa masih ada manusia yang sanggup membunuhkan sekeping hati yang tidak berdosa, sehingga hati menjadi tidak tenang dalam kedudukan sebagai fitrah yang dilakukan oleh hati. Betul juga dikata orang, Dengan hati yang berhawa nafsu manpu mengubah Malaikat Menjadi Iblis, Manusia menjadi Syaitan, Ulama menjadi Penjenayah.. Masya Allah, begini besar dugaan Allah S.W.T memberikan kita sekeping hati.
Wahai sahabat yang di cintai, Maafkan daku, kerana dikala hati ini mengis, memang tiada siapa yang tahu dan ambil peduli. Mungkin kerna hati yang di simpan masih belum cukup untuk mencari dan menilai nikmat dalam mendapat redha Allah..