Tuesday, 3 August 2010

Pergi dan Bukannya AKu

Perginya aku,
bukan kerna bererti terpendam amarahku.
Jauhnya aku,
bukan kerna tersembunyi kebencianku.
Biarlah aku pergi dalam meniti kesepian sendiri.

Relaku..
bermatikan akal decemuh orang,
terbunuhnya hati dek difitnah orang,
Dari berjuang,
Mempertahan kebenaran yang tersembunyi.

Biarkan saja jasad dan rohku berbicara
Tentang apa yang tersenbunyi.

Mahu ku butakan
Pada mata pada yang mencari..
Mahu ku bunuh suara dan nasaf yang datang menghampiri,
dalam mencari kebenaran yang tersembunyi..

Biarkanlah aku dan jasad menangis sendiri..
dalam memahami apa jua yang terjadi...

Bukan diriku meraih simpati dalam meniti hidup..
Bukan diriku mengharap belas ehsan dari mu..
Aku adalah aku yang tidak mahu dikenali dalam meniti simpati darimu..
Biarlah aku sepi dalam mengnongkat dan membangunkan diri..
agar terus berjalan menuju kehendak diri..
Malaysia Cheap Web Hosting