Friday, 25 September 2009

Leteran Syawal

Awal bismillah a'na titipkan pada semua warga pembaca.. agar terukir senyuman bila bicara yang tercoret dipersada maya ini...
Sebelum melangkah ke gerbang ilmu dalam bicara ingin sekali a'na titipkan salam aldil fitri kepada seluruh umat Islam yang ada di malaysia mahupun di luar negara(kawan2 yang berada dirantauan)..
Hari Raya merupakan hari kemenangan kepeda semua warga pelaku yang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. a'na ingin titipkan bicara mengenai kehadiran syawal buat a'na sekeluarga.. tahun ini seperti biasa kemaafan yang kami pohon dengan sanak saudara yang dekat dihati..
a'na sedih tahun ini tak dapat balik beraya di kg. kerana nenek ana sudah lama meningal dunia (angkara fitnah).bg diri ini. a'na berasa syukur dengan kehadiran syawal di samping menangisi pemergian bulan ramadan yang akan a'na rindui.

Salah satu perkara yang akn a'na niatkan adalah untuk membuat beberapa puasa sunat(PUASA ENAM)di samping untuk mendapat keredhaan Allah disamping merayakan hari kemenangan seisi umat Islam.

Kerana puasa enam merupakan satu ibadah yang boleh membawa kita kepada keredhaan Allah s.w.t. Ini terbukti berdasarkan hadis dibawah:

Dari Abu Ayub Al-Nasari r.a.,Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang berpuasa pada bulan ramadan,Kemudian dia mengiringi dengan puasa enam hari pada bulan syawal.Adalah puasa dia iaitu adalah seperti dia ber puasa setiap masa.(Hadis Riwayat Muslim)

A'na harap kita akan dapat memcari 1001 keredhaan disampaing merayakan kemenang besar kita pada bulan syawal ini.
Akhir kalam.. Selamat Menyambut kedatangan bulan syawal yang mulia.....
Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir Dan Batin
Dari Ana Sekeluarga
Malaysia Cheap Web Hosting